lama sudah tak mengupdate blog yg dah rasa bersawang dah.......tajuk entry kali ni menghitung waktu.....detik saat minit jam semua la.....
Aku kini berada di tahun akhir pengajian, lagi 2 bulan lebih untuk menamatkan zaman universitiku ini. Dalam hati ni bercampur semua perasaan, dah jadi macam rojak dah.
Sedih~ hati terasa sedih sbb akan berpisah dgn sahabat2, rakan seperjuangan dan berakhirnya zaman muda remaja di alam di mana kita berusaha untuk belajar menuntut ilmu. Mungkin selepas berpisahnya dgn kwn2 di sini nanti, susah dah nak berjumpa. Aku nun jauh di seberang laut cina selatan. Ramai yg bertanya kenapa aku tak nak kerja je dekat semenanjung....hmmm....aku ada alasan aku sendiri. Aku nak menabur bakti kepada keluarga, susah senang bersama mereka. Selama hampir 5 tahun aku berada di perantauan, jarang sekali aku balik ke rmh bersama mereka di saat susah. Family...tu je yang aku ada di dunia ni.....biar apa pun pekerjaan ku nanti, besar ke kecik ke gaji ku nanti, ku tetap akan bersama mereka....my family is my everything to me...4 tahun ku berada di ump, byk peristiwa pahit manis yg kuharungi....sedih tok meninggalkan tempat yg meninggalkan byk kenangan dlm hidup ini.
Gembira~ akhirnya insyaallah aku akan berjaya menghabiskan degree ku...even result tak secantik org lain, tapi aku redha dgn apa yg Allah kurniakan padaku. Setakat ini sahaja rezeki yg diberikan kepadaku. Aku bersyukur kepadaNya kerana mmberikan aku peluang utk terus hidup menimba ilmu yg ada. Aku gembira kerana akhirnya aku akan balik semula ke pangkuan keluarga dan menggembirakan mereka....
Berdebar~ aku berdebar tak tahu apa akan jadi padaku pada masa hadapan nti...apakah pekerjaan ku nnti, mampukah aku mengharungi alam pekerjaan nanti.....aku cuma mampu berdoa agar aku mendapat kerja yg baik tok aku membalas balik titik peluh kedua org tuaku...amin~~
Kini aku hanya mampu menghitung waktu utk pergi dr ump, utk meninggalkan semua ini, utk memulakan hidup baru di tempat sendiri. Bukan bermaksud aku hendak melupakan segala kenangan di sini, tetapi untuk memulakan hidup baru, aku kena berubah utk tabah menghadapi segala rintangan dan cabaran. Cuma aku berdoa, semoga aku berkesempatan untuk melaluinya lagi. Ajal maut di tangan Allah, kita hanya merancang tapi Dia yg menentukan segalanya....^^
Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today!
11 years ago
No comments:
Post a Comment