Sunday, October 16, 2011

masa lalu yang amat ku rindui~~

...tiba2 malam ni ku rasa amat sedih, ku amat rindukan family ku....terasa kalau boleh sekarang jugak ku terbang balik rumah...teremo sangat mlm ni.....

ku teringat ketika ku masih sekolah menengah dulu, bila balik sekolah petang2, aku akan menonton tv dengan atokku menonton drama indon dan filipina, atokku sangat suka menonton drama filipina yg femes time tuh...even dia tak faham diorang cakap ap..diri ini la yg sibuk menjawab apa yg dia tya....dia sangat minat ngan jericho rosales...pelakon yg baik katanya...now, atokku tak macam dulu, sekarang dia dah tak cergas dan aktif mcm dulu...jarang dah dia menonton tv, cuma baring jek....aku pun busy...sekarang pun dah berada di bumi pahang....so sad....teringat lagi, bila start jek cerita aku akan sibuk menjerit memanggil atokku, dan dia akan datang dengan tongkatnya....huhu...kadang2 aku akan tertido sambil menonton cerita tu.....dia dengan semangatnya akan menonton cita tu...kadang2 tertido jugak...hehehe....

Dulu, sewaktu atok dan nenekku masih sihat, hujung2 minggu atau waktu cuti, aku akan selalu mengikut mereka ke sawah padi. Dengan menaiki sampan, kami hanya berbekalkan sedikit makanan dan air untuk bekalan dari pagi hingga ke petang. Selalunya pukul 7pg kami dah berangkat menyusuri sungai ke sawah padi.....kdang2 terpaksa meredah lumpur sekiranya air surut. Selalunya kami akan berangkat balik jam 4@5 petang....kdg2 sekiranya penat aku akan tertido je dekat pondok....aku rindukan kehijaun daun padi yg subur...seakan2 baru semalam je kenangan tu....masih segar di kotak minda ni.....sekarang ni atok dan nenek dah tak berapa sihat...semua ni akan jadi kenangan yang akan ku kenang sampai bila2...

Bila kenangan2 ni mula bermain2 di kotak minda ni, mulala air mata berderai jatuh....kerinduan ku pada kampung halaman, pada keluarga tercinta dan pada rakan2 yg jauh di mata....masa lalu yg sangat indah walaupun ada ketikanya pahit bila waktu bergerak pantas, yang pahit tu akan bertukar menjadi manis, yang mampu diingati sampai akhir hayatku.......

No comments: