Setelah sekian lama, baru ku ad mood nak membuka kembali blog ni. Bila ketensenan melanda d musim exam ni, tangan pantas je buka balik blog ni. Banyak kenangan ngan blog ni.........
Tanpa disedari, diri ini sudah pun berada di thn 3 pengajian....cepatnya masa berlalu. Banyak perkara, peristiwa pahit manis terjadi sepanjang tempoh ini. Peristiwa yg mengajar untuk menjadi lbh matang dan tabah bila dilanda dugaan dan cabaran.
Semalam ku baru balik dr KL, sepanjang perjalanan, ku terimbau kenangan silam, kisah ku di zaman persekolahan, teringat betapa ku degil sekali tidak mahu ke sekolah, melarikan diri dari sekolah untuk mengejar mak yg mahu pulang ke rumah. Akhirnya, setelah penat dengan segala karenahku, mak menghantarku ke sekolah seberang sungai. Padan mukaku sendiri...hihihi...tapi dengan keramahan ku, aku akhirnya kamceng ngan pakcik pendayung sampan. Selepas kls tamat, sambil menunggu bapa tiba, aku bermain menyusuri sungai sambil menghantar penumpang dengan pakcik sampan. Kadang2 sekiranya motor bapa rosak, emak akan datang mengambilku, berjalan kaki, kadang2 meredah hujan, panas. Emak sabar dengan semua itu. Yang penting dia ingin anaknya bersekolah dan berjaya dalam hidup. Indahnya masa itu, tiada apa yg perlu difikirkan. Akhirnya selepas setahun aku berada di sekolah itu, emak menukarku kembali ke sekolah asal, kerana akhirnya aku mampu hidup berdikari.
Sewaktu kecilku, aku mungkin lbh matang berbanding dengan kanak2 lain, kesusahan hidup, mengajar aku utk hidup berdikari. Sering kali aku menolong nenekku di sawah padi, menanam, menuai, menjemur padi. Kadang2 dengan kudrat kecilku, ku mampu mengendong guni yg sarat dengan padi, dengan harapan dapat mengurangkan bebanan nenekku. Waktu lapangku pula dipenuhi dengan menolong bapaku di gerai buah miliknya. Sekiranya dia sibuk, aku la taukenya berbekalkan keberanian dan ilmu umur kanak2 yg masih di bangku sekolah rendah. Pagi petang meyorong kereta sorong yg sarat dengan buah2an......penat tapi hatiku bahagia.......
Sekarang, ku sudah remaja. Aku sering kali lupa dengan kesusahan masa lalu. Sekarang walau hidup tidakla sesusah dulu, aku tidak ingin melupakannya. Aku ingin jadi kuat, yakin seperti dulu. Mungkin peredaran masa dan tempat menjadikan ku berubah. Kadang2 ku rindu diriku yg dulu. Kini ku telah 4 thn merantau di negeri org. Lepas sahaja spm, ku terbang ke Labuan. Selepas itu ke pahang pula. Aku harap selepas tamat pengajian, aku mampu berkhidmat di tempat sendiri. Berada dekat dengan keluargaku. Harapanku cuma satu, tok membahagiakan keluargaku. Semoga impianku ini tercapai.
Semoga final exam sem 5 ini dapat ku tempuhi dengan jayanya. Begitu juga dengan kawan2ku....semoga kita berjaya menggenggam segulung ijazah nanti. Semoga semester hadapan, aku akan lebih bersemangan manjalani liku2 kehidupan di sini......amin ^^,
Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today!
11 years ago